Tuesday, July 14, 2009
"Laman Hijau" PDK Kuala Ketil
Setiap PDK yang ditubuhkan, diwajib untuk mewujudkan sebuah taman sayuran yang diberi nama "Laman Hijau".Rancangan ini diadakan bagi menyokong usaha dan idea perdana menteri kita yang kelima iaitu Dato Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi.Oleh itu PDK Kuala Ketil juga turut serta dalam progaram ini dengan jayanya.Dengan berasaskan sedikit tanah di tepi bangunan PDK sebuah tapak "Laman Hijau" telah dibina.Progaram ini telah dijalankan sejak tiga tahun yang lepas.Pelbagai tanaman sayuran dan herba ditanam disini antaranya sayur kangkung, sawi, terung, bendi, kacang panjang, serai, cili besar, limau kasturi, daun bawang,kucai dan bermacam-macam lagi.Yang menariknya semua aktiviti ini dijalankan oleh peserta-peserta OKU disini sendiri. Aktiviti ini telah menjadi salah satu aktiviti harian mereka semasa di PDK Kuala Ketil .Bagaimanapun semua aktiviti ini dikawal dan dijaga oleh guru-guru di sini. Terdapat juga diantara tanaman yang ditanam seperti kangkung dijual kepada pemborong sayuran. Setiap keuntungan dari jualannya akan salurkan ke akaun PDK Kuala Ketil .Buat pengetahuan semua "Laman Hijau" PDK Kuala Ketil juga telah menyertai pertandingan "Laman Hijau" peringkat negeri dan telah menjuarainya buat kali pertama dipertandingkan. Kejayaan ini akan terus menjadi pendorong buat kami agar berjaya pada setiap kali pertandingan yang diadakan.Bagi peserta OKU disini pula mereka juga dapat mempelajari cara-cara untuk bercucuk tanam dengan betul. Mereka juga digalakkan untuk membuat sendiri di rumah masing-masing kerana mereka juga boleh melakukannya seperti orang lain.Selain itu ia juga boleh menjadi sumper pendapatan sampingan buat mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment