Wednesday, July 15, 2009

Kejohanan Bowling Peringkat Negeri Anjuran PDK Kuala Ketil
















Pada 9 Julai 2009 PDK Kuala Ketil telah menganjurkan kejohanan boling peringkat negeri yang telah diadakan di Central Square ,Sungai Petani.Kejohanan ini telah disertai oleh 18 buah PDK diseluruh negeri Kedah.Tujuan kejohanan ini dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan diantara kakitangan dan peserta OKU dari disetiap PDK di negeri Kedah .Kejohanan ini dibahagikan pada dua ketagori iaitu ketagori peserta OKU dan ketagori guru PDK.Pertandingan bermula pada pukul 10.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang.Dalam kejohanan kali ini, PDK Kuala Ketil telah menjuarai pertandingan bagi ketagori peserta OKU dan mendapat tempat kedua untuk ketagori guru. Taniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian bagi menjayakan aktiviti ini.

Rombongan Anjuran PDK Kuala Ketil Ke Taman Tema Bukit Merah


Rombongan ini dianjurkan oleh PDK Kuala Ketil khas buat peserta-peserta OKU dibawah jagaan PDK ini.Sebanyak tiga buah bas telah digunakan untuk membawa kesemua peserta termasuk seorang waris bagi setiap peserta OKU.Aktiviti ini telah diadakan pada 1 Julai baru-baru ini. .Mereka begitu gembira bermain dan melawat sekitar kawasan disini bersama rakan dan keluarga.Pelbagai aktiviti sampingan telah dibuat bagi memeriahkan lagi program ini.Semua bayaran yang dikenakan ditanggung oleh PDK Kuala Ketil ini sendiri.Selain itu,jamuan makan tengah hari kami disana telah disediakan secara percuma oleh syarikat Mesra Travel &tours Snd.Bhd (TMJ) yang juga menyediakan pengangkutan kami pada hari tersebut.Semua peserta begitu beruntung kerana walaupun mereka mempunyai masalah, namun mereka tidak disisihkan daripada melakukan aktiviti luar seperti ini.




Guru PDK Kuala Ketil Di Kejohanan Sukan JKMM Kebangsaan







Bermula 16 sehingga 22 Jun 2009 satu kejohanan sukan peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia(JKMM) telah berkampung di Terangganu. Pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya,bola jaring, bola tampar,bola sepak dan pelbagai lagi.Kejohanan ini adalah salah satu langkah usaha pihak JKMM untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pekerja-pekerja dan staf-staf dibawah kelolaan JKMM.Dalam kejohanan ini seramai seorang penyelia dan dua orang guru dari PDK Kuala Ketil telah terpilih bagi mewakili negeri kedah dalam pertandingan bola jaring.Mereka yang terpilih adalah Pn.Zalina bt.Thamin(penyelia), Pn.Suriati bt.Paiman(guru) dan Cik Nur Rozaida bt.Mohd Rodzi(guru).(lihat gambar diatas).Meraka sepasukan telah menjalankan latihan sejak sebulan sebelum pertandingan diadakan.Dengan semangat dan kemahiran yang ada pada mereka telah mengondol tempat ketiga dalam pertandingan ini.Kejayaan ini telah membuktikan bahawa kakitangan di PDK Kuala Ketil tidak ketinggalan dan bergiat aktif dalam setiap aktiviti luar yang diadakan.



OKU Bersama Selebriti Gempak Desa Astro




Pada 13 Jun yang lalu, peserta OKU PDK Kuala Ketil sangat bertuah kerana mendapat jemputan khas daripada pihak Felda Teloi Timur dan pihak Gempak Desa Astro untuk menghadiri satu jamuan khas bersama selebriti Astro.Majlis ini diadakan pada waktu makan tengahhari dan diadakan dalam majlis tertutup di Dewan Orang Ramai Felda Teloi Timur.Mereka berpeluang makan bersama beberapa orang selebriti Astro antaranya Toi AF6,Obri AF7, Lotter AF4, Zahid AF2, Tam Suhaimi, Farish Durian Runtuh, dan Ustaz daripada ikon Oasis.Seramai 30 orang peserta OKU terpilih untuk menghadiri majlis ini. Kesemua mereka mendapat layanan yang baik dan mesra daripada artis-artis astro . Mereka juga mendapa sedikit cenderahati daripada pihak astro untuk dibawa pulang.Selain daripada majlis makan tengahhari mereka juga berpeluang melihat semua aktiviti yang dijalankan dan juga menyertai pertandingan mewarna yang diadakan.Majlis ini berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 2.30 petang.


Tuesday, July 14, 2009

"Laman Hijau" PDK Kuala Ketil




Setiap PDK yang ditubuhkan, diwajib untuk mewujudkan sebuah taman sayuran yang diberi nama "Laman Hijau".Rancangan ini diadakan bagi menyokong usaha dan idea perdana menteri kita yang kelima iaitu Dato Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi.Oleh itu PDK Kuala Ketil juga turut serta dalam progaram ini dengan jayanya.Dengan berasaskan sedikit tanah di tepi bangunan PDK sebuah tapak "Laman Hijau" telah dibina.Progaram ini telah dijalankan sejak tiga tahun yang lepas.Pelbagai tanaman sayuran dan herba ditanam disini antaranya sayur kangkung, sawi, terung, bendi, kacang panjang, serai, cili besar, limau kasturi, daun bawang,kucai dan bermacam-macam lagi.Yang menariknya semua aktiviti ini dijalankan oleh peserta-peserta OKU disini sendiri. Aktiviti ini telah menjadi salah satu aktiviti harian mereka semasa di PDK Kuala Ketil .Bagaimanapun semua aktiviti ini dikawal dan dijaga oleh guru-guru di sini. Terdapat juga diantara tanaman yang ditanam seperti kangkung dijual kepada pemborong sayuran. Setiap keuntungan dari jualannya akan salurkan ke akaun PDK Kuala Ketil .Buat pengetahuan semua "Laman Hijau" PDK Kuala Ketil juga telah menyertai pertandingan "Laman Hijau" peringkat negeri dan telah menjuarainya buat kali pertama dipertandingkan. Kejayaan ini akan terus menjadi pendorong buat kami agar berjaya pada setiap kali pertandingan yang diadakan.Bagi peserta OKU disini pula mereka juga dapat mempelajari cara-cara untuk bercucuk tanam dengan betul. Mereka juga digalakkan untuk membuat sendiri di rumah masing-masing kerana mereka juga boleh melakukannya seperti orang lain.Selain itu ia juga boleh menjadi sumper pendapatan sampingan buat mereka.

Latihan Pengurusan Diri(ADL)




Latihan pengurusan diri merupakan salah satu modul dan aktiviti yang dijalankan pada setiap hari.latihan ini diadakan untuk mengajar peserta OKU agar dapat melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti orang normal yang lain.Para peserta dapat mempratikkan semua perkara ini dalam kehidupan harian mereka.Antara perkara yang diajar adalah seperti menjaga kebersihan diri, memakai pakaian, menjaga tempat tidur,membasuh dan memcuci, memasak, serta aktiviti yang lain mengikut kemampuan masing-masing.Bagaimanapun aktiviti ini hanya akan dijalankan kepada peserta OKU yang tidak mempunyai masalah anggota dan yang mampu melakukannya.Semoga peserta OKU disini dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.